Mahu menjadi usahawan menjual produk keluaran Muslim, jom sertai Raudah Grocer Xpress

0
517

RAUDHAH CITY – Anda ingin membuka kedai yang menjual produk keluaran Muslim? Rebut peluang untuk menyertai dengan membuka perniagaan Raudhah Grocer Xpress (RGX).

Menerusi hantaran akaun rasmi Facebook Raudhah Grocer-One Stop-Grocery Centre, dalam situasi Covid-19 ini, menurut kajian pakar, perniagaan yang memfokuskan kepada barang makanan dan perkhidmatan penghantaran makanan adalah bisnes yang kalis kesan ekonomi wabak itu.

Kata kenyataan itu, perniagaan tersebut termasuk dalam salah satu kategori bisnes yang dijangka ‘meletup’ selepas wabak Covid-19 berakhir.

Menurut kenyataan itu, syarikat penerbangan tambang murah negara, AirAsia turut mengorak langkah menyertai industri perkhidmatan penghantaran ini. 

Kata kenyataan itu, mereka berpeluang untuk menjadi usahawan Muslim yang boleh melakukan kedua-duanya sekali iaitu menjual barangan makanan dan minuman serta mengadakan perkhidmatan penghantaran.

“Cawangan pertama dalam proses di Seksyen 24, Shah Alam yang akan diuruskan oleh Multiracial Reverted Muslim (MRM) diterajui pengasasnya, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung iaitu seorang pendakwah terkenal.

“Bagi yang mahu membuka RGX, anda akan dapat bantuan tenaga pakar dan berpengalaman dari Malakat Mall Sdn. Bhd., Brainy Bunch Group Sdn. Bhd., dan Raudhah Grocer,” kata kenyataan itu.

Mengenai soal pemasaran pula, kenyataan itu berkata, mereka tidak perlu bimbang kerana banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sendiri akan membantu dari segi pemasaran kedai tersebut.

“RGX anda ini akan memfokuskan pembinaan pusat penghantaran barang basah dan kering dengan kos renovasi serta operasi yang minimum. 

“Ini untuk mengurangkan kos permulaan yang tidak perlu dan kos operasi bulanan yang kurang impak.

“Konsepnya adalah penghantaran terus ke rumah setelah tempahan dibuat dalam talian. Walau bagaimanapun, masih juga ada ‘pilihan’ untuk pelanggan membeli secara luar talian atau ‘offline’,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, RGX sudah bersedia daripada segi produk-produk berkualiti dan halal untuk dibawa masuk. 

“Data bisnes dari Raudhah Grocer akan digunakan untuk membantu anda mempunyai kedai dengan barangan yang lengkap serta mendapat permintaan tinggi.

“Setiap barang telah diuji dan dikaji untuk menepati standard piawaian tertentu dalam aspek halal dan kualiti yang dijanjikan,” katanya.

Kata kenyataan itu, dengan modal bermula dari hanya RM150,000, pihaknya menyasarkan membuka RGX di seluruh Malaysia di lokasi strategik.

Bagi bakal usahawan atau mereka yang berminat menjadi pemilik bersama RGX boleh mendaftar di bit.ly/sayaminatraudhahgrocer – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here