Majikan dan pekerja digalakkan buat rundingan

0
126

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Kerajaan menggalakkan rundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian.

“Saya juga faham kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian majikan untuk mengekalkan pekerja dalam keadaan yang agak terdesak pada waktu ini.

“Sebarang perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang berkuatkuasa di negara ini.

“Yang penting, hak dan kebajikan kedua-dua pihak mestilah sentiasa terbela,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here