Malakat Mall ajak rakyat berdoa mohon perlindungan dari Covid-19

0
832

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Facebook rasmi Malakat Mall hari ini memuat naik doa mohon perlindungan dari wabak penyakit.

Status itu dikongsi bagi mengajak orang ramai mengamalkan doa bagi melawan penularan Covid-19.

“Jom kita sama-sama amalkan dan semoga Allah menjauhkan kita, keluarga kita, sahabat-sahabat kita, negara kita dan semuanya dari segala penyakit dan wabak Covid-19. Ameen.

“Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk, Riwayat Abu Daud.” tulisnya.

Kebanyakan warga maya tidak melepaskan peluang meninggalkan komen balas, ‘Amin’ menandakan sokongan terhadap usaha kecil pusat beli belah Muslim pertama itu yang mengajak semua pihak mendoakan perlindungan dari sebarang ancaman penyakit.

Sebelum ini, Malakat Mall bersama
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
mengambil inisiatif mewujudkan sebuah terowong sanitasi nyahkuman yang dipanggil Virus Buster Nanospray sebagai langkah pencegahan penyebaran Covid-19.

Ia diletakkan di pintu masuk utama Malakat Mall dan berfungsi menyaring satu badan setiap pengunjung setiap kali memasuki pusat beli belah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here