Malakat Mall jadi tumpuan pendakwah terkenal

0
267

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung terus memilih pusat beli belah Malakat Mall mendapatkan bekalan keperluan asas untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

Dalam perkongsian menerusi akaun Facebook miliknya hari ini beliau berkata, selepas menerima sumbangan pinjaman kereta dari @mitsubishi.eam.ampang pihaknya bergegas ke Malakat Mall untuk mengambil bekalan asasi yang akan diedarkan kepada pemohon.

“Semasa kami tiba, sedang diadakan majlis ringkas serahan sumbangan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebanyak RM130,000 untuk projek Zero Hunger yang dikendalikan oleh Malakat Mall.

“Program itu juga mendapat sokongan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Alhamdulilah,” kongsinya.

Beliau berkata, setakat hari ini, Multiracial Reverted Muslims (MRM) juga telah menyumbangkan lebih dari RM160,000 untuk kombinasi projek Zero Hunger, asnaf, B40, pelarian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah dan beberapa negeri lain.

“Semua ini tidak mampu mereka laksanakan tanpa sumbangan dan sokongan sahabat semua.

“Insya-Allah esok kami akan ke Melaka pula,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here