Malaysia masuki fasa pemulihan jangkitan Covid-19

0
110
Malaysia masuki fasa pemulihan jangkitan Covid-19

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memberitahu Malaysia kini memasuki fasa pemulihan daripada jangkitan wabak Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan pertambahan kes jangkitan baharu di negara ini direkodkan kekal berada pada tahap dua angka sejak minggu lalu.

Namun begitu, katanya, empat pelan tindakan membabitkan kerajaan dan orang ramai yang dikemukakan KKM perlu diteruskan bagi mengawal jangkitan Cocid-19.

Menurutnya, empat tindakan berkenaan ialah kawalan sempadan dan pergerakan yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan, manakala orang ramai pula perlu menjaga penjarakan sosial dan amalan kebersihan diri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kawalan sempadan masih perlu diteruskan bagi mengelak berlaku kes import dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Ini kerana terdapat lebih 180 negara yang mengalami jangkitan Covid-19 selain kawalan pergerakan perlu diteruskan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak ini.

“Paling utama adalah terletak kepada orang ramai untuk terus kekal di rumah dan menjalankan penjarakan sosial, selain menjaga kebersihan diri masing-masing,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jangkitan Covid-19 dijangka belum dapat dihentikan kerana vaksin untuk merawat wabak itu belum ditemui setakat ini.

“Kemungkinan vaksin hanya akan ditemui dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi dan paling penting adalah kita perlu hentikan rantaian jangkitan ini,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here