Malaysia sambut baik negara luar bawa pulang rakyat mereka

0
253

CYBERJAYA – Malaysia sangat mengalu-alukan negara luar untuk membawa pulang rakyat mereka yang tamat tempoh kuarantin di negara ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19 ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini ada negara yang menutup terus pintu masuk ke negara mereka bagi membendung penularan Covid-19.

Katanya, dasar itu menyebabkan ada warganegara asing tidak dapat pulang ke negara masing-masing dan terpaksa menetap di Malaysia sepanjang tempoh ini.

“Oleh itu, mesyuarat hari ini memutuskan Kementerian Luar diminta berbincang dengan pejabat kedutaan negara luar di Kuala Lumpur untuk memastikan kebajikan rakyat mereka dijaga dengan baik di negara kita.

“Kita mengalu-alukan kalau ada negara luar yang ingin membawa pulang rakyat mereka yang terkandas di Malaysia. Ramai rakyat kita yang terkandas di luar negara dan tidak dapat balik, kita uruskan bawa mereka pulang,” katanya pada sidang akhbar harian.

Ismail Sabri berkata, jika ada negara lain hendak buat perkara sama, pihaknya mengalu-alukan.

“Kita juga harap kedutaan mereka dapat berbincang dengan Kementerian Luar untuk bantu bawa pulang rakyat mereka,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here