Malaysia tawar diri jalankan kajian, hasilkan vaksin Covid-19

0
139

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Malaysia menawarkan diri untuk melaksanakan kajian dan penyelidikan berkaitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia juga berharap akan menjadi sebuah negara yang mampu menghasilkan vaksin bagi penyakit pandemik berkenaan.

Menurut Dr. Noor Hisham, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha menjalin kerjasama erat dengan negara lain yang mempunyai kemampuan untuk menjalankan kajian dan menghasilkan vaksin tersebut.

“Setakat ini kita dah kenal pasti beberapa negara dan sudah berhubung dengan negara tersebut. Kita melihat bagaimana dapat bekerjasama dengan mereka dari segi penyelidikan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, perbincangan sedang dilakukan dengan negara-negara terbabit dan beliau berharap usaha itu dapat diketengahkan.

“Kita akan berhubung dan berbincang dan berharap mendapat maklum balas positif dari negara lain,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here