Marilah contohi KP Kesihatan kita

0
75
Sumber Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

Masuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke tiga bermakna sudah lebih sebulan kita hidup serba tak kena.

Ramai juga yang sudah mula luah kebosanan di media sosial, tapi tak nafikan juga masih ramai yang kekal positif dan bersabar dengan keadaan semasa negara.

Semalam sebelum melelapkan mata, penulis sempat menelek Facebook, mana tahu ada isu-isu menarik yang boleh dikupas dalam ruangan Lepat Pishang.

Ya, pencarian yang tidak sia-sia apabila penulis terbaca laporan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis Covid-19.

Terus terang biji mata yang hampir separuh tertutup sebelumnya. Huh! Bangganya rasa!

Menurut laporan CGTN, Dr Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Seperti yang kita ketahui, sebelum laporan ini dikeluarkan pun, kewibawaan Dr Noor Hisham dalam berdepan Covid-19 juga telah menjadi perhatian rakyat di negara ini.

Boleh dikatakan beliaulah individu paling popuar sepanjang Covid-19 membadai negara dan kali ini pihak luar pula yang mengiktiraf beliau.

Penulis bukanlah mahu bercerita panjang tentang kehebatan individu ini kerana penulis yakin ramai yang sudah mengetahuinya.

Cuma apa yang terlintas dalam fikiran penulis ketika ini, tidakkan rakyat di negara ini mahu menjadi seperti beliau.

Berjuang habis-habisan memerangi Covid-19 dan akhirnya diangkat sebagai rakyat yang paling mendengar kata dan berjaya memutuskan rangkaian pandemik ini.

Akhirnya, negara juga bebas Covid-19 dan keadaan kembali pulih seperti biasa.

Ini bukan angan-angan, tapi kenyataan, kita mesti boleh buat sebab kita boleh!

Come on rakyat Malaysia, jangan putus ada, peluang kita besar untuk menang!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here