Maritim Malaysia tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran

0
845
Kapal kargo yang berlabuh di perairan negara tanpa kebenaran ditahan berhampiran Pulau Kukup, Johor.

CYBERJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan sebuah kapal kargo yang membawa muatan arang batu berhampiran Pulau Kukup pada petang semalam kerana berlabuh tunggu tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, berdasarkan maklumat dari Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, kapal kargo tersebut dikesan berlabuh tunggu tanpa kebenaran di kedudukan kira-kira tiga batu nautika selatan Pulau Kukup, Johor.

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut, sebuah kapal ronda yang sedang melakukan operasi di perairan sekitar terus menukar arah.

Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar di Republik Kepulauan Marshall itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

Aminuddin berkata, terdapat seorang nahkoda (master) berusia 50 tahun bersama 19 anak kapal di atas kapal berkenaan.

Katanya, nahkoda bersama kesemua dokumen anak-anak kapal ditahan bagi tujuan siasatan manakala anak-anak kapal kekal berada di kapal tersebut.

“Kesemua mereka adalah lelaki warga China. Kes disiasat di bawah Seksyen 491B (1) (1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here