Menteri rayu tiga peratus rakyat Malaysia degil patuh PKP

0
120
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA –  Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon tiga peratus rakyat Malaysia yang masih berdegil supaya patuh dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ketiga ini.

Menurutnya, kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemungkinan besar akan diteruskan hingga melepasi Jun ini hanya pandangan peribadi beliau.

Beliau berkata, keputusan akhir sama ada PKP akan dilanjutkan atau tidak masih bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)

“Tentang kenyataan yang dibuat Ketua Polis Negara semalam, ia mungkin pandangan daripada beliau, apa pun keputusan sambung atau tidak bergantung pada nasihat KKM,” katanya dalam selepas sidang akhbar hari ini.

Semalam, Abdul Hamid Bador berkata, jika orang ramai terus berdegil dan kes jangkitan Covid-19 bertambah, besar kemungkinan PKP diteruskan hingga melepasi Jun.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here