Mesej tepat perlu sampai kepada penduduk di zon merah

0
97

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) aktif menyalurkan maklumat aktiviti penjarakan sosial di kawasan-kawasan zon merah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini kes jangkitan Covid-19 menunjukkan kematian hanya 1.6 peratus

Menurutnya, mereka yang pulih pula lebih kepada 47 peratus dan 48 peratus yang positif adalah peringkat asal di mana tiada gejala atau gejala ringan.

“Maksudnya kita dapat mengesan mereka pada peringkat awal.

“Jadi kita cuba elakkan  daripada mereka datang ke peringkat yang lewat. Jika lewat mungkin mereka akan dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, apa yang penting adalah mesej perlu dilaksanakan oleh rakyat.

Katanya, mereka yang berada di zon merah terutamanya perlu mengambil tindakan sekurang-kurangnya duduk di rumah.

“Mesejnya adalah duduk di rumah dan amalkan penjarakan sekurang-kurangnya satu meter dan kerap basuh tangan.

“Mesej ini perlu sampaikan kepada mereka yang berada di zon merah,” tegasnya.

Dr. Noor Hisham berkata, tindakan KKM dan kerajaan adalah mengambil pendekatan isu Covid-19 adalah jangkitan seorang ke seorang.

Jelasnya, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini adalah tindakan yang baik dan telah mendapat hasilnya sejak PKP pertama lagi.

“Tetapi di pihak KKM kita menggunakan aktif ‘tracing’ iaitu mengesan, menguji dan mengasingkan serta memberi rawatan padu kepada pesakit -pesakit Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here