Mesyuarat khas sebelum keputusan lanjut PKP

0
139

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, satu mesyuarat bagi menilai unjuran perkembangan kes Covid-19 di negara ini akan akan berlangsung petang ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, hasil mesyuarat itu akan dibentangkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi esok sebelum Perdana Menteri membuat keputusan sama ada melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tidak.

“Esok, Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan buat pengumuman (mengenai sama ada PKP dilanjutkan atau sebaliknya),” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, perbincangan itu akan turut membabitkan pelbagai agensi lain seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selain pakar statistik dan epidemiologi.

“Kita akan melihat unjuran bersandarkan model perkiraan semasa, apa senario yang mungkin berlaku dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Kita akan buat unjuran sama ada bakal wujud peningkatan (kes baharu Covid-19) atau tidak, tetapi perkembangan semasa seperti hari ini menunjukkan angka positif antara yang rendah,” katanya.

PKP pada mulanya dikuatkuasakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac telah dilanjutkan sehingga 14 April ini, dengan penguatkuasaan yang lebih ketat.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here