Misi Zero Hunger hantar bantuan ke 13 kawasan di Kuala Lipis hari ini

0
137

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Zero Hunger Malakat Mall dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan Brainy Ranger Emergency Response Team (BERT) hari ini menjalankan misi penghantaran bantuan ke Kuala Lipis, Pahang.

Melalui perkongsian Fuad Rahim dalam akaun Facebook miliknya, bantuan kali ini melibatkan 13 kawasan termasuklah Mela, Bapong, Ulu Teris, Tanjung Besar / Jeransang, Teluk Gunung, Mentara, Jerkoh, Merapoh, Kechui Tui, Binjai, Pagar Sasak, Kampungg Baru Penjom, Penjom dan Bandar Lipis.

Menurutnya, sasaran keluarga yang akan dibantu seramai 377 keluarga dengan kekuatan 41 sukarelawan dalam misi penghantaran bantuan Zero Hunger kali ini.

“Dalam melancarkan misi bantuan ini kami turut diiringi agensi kerajaan iaitu seperti APM dan juga Pendakwah Bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung,” katanya.

Beliau yang mengetuai misi itu turut mendoakan semoga Allah mempermudahkan serta memberkati usaha pasukannya dan tidak lupa kepada penyumbang dana ke www.Sadaqahmarket.com.

“Tanpa mereka bantuan ini tidak akan sampai kepada yang benar-benar memerlukan,” kongsinya.

Misi itu turut disertai wartawan Malakat Tribune dan MBNews bagi melihat kelancaran agihan bantuan kepada golongan yang memerlukan. -MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here