MITI teliti semula kebenaran perkhidmatan gunting rambut

0
229

CYBERJAYA – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi semula kebenaran untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi dalam tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut diputuskan selepas pihaknya mendengar kebimbangan banyak pihak mengenai kemungkinan wujudnya kluster gunting rambut seperti yang berlaku di luar negara.

“Semalam, macam-macam berita yang keluar daripada media sosial, kumpulan WhatsApp dan lain-lain.

“Insya-Allah, saya percaya, MITI akan meneliti semua pandangan rakyat dan akan memperhalusi perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar harian PKP hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan sebanyak sembilan sektor dibenarkan beroperasi dalam tempoh fasa ketiga PKP bagi mengimbangi kelangsungan ekonomi negara.

Antara perkhidmatan tersebut ialah menggunting rambut, dobi, kedai hardware, kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai cermin mata.

Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya yang tidak bersetuju perkhidmatan dobi dan gunting rambut dibenarkan kerana bakal menyebabkan pertambahan jumlah jangkitan Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here