Moratorium 30 hari untuk syarikat kemuka dokumen berkanun

0
108

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama tiga bulan daripada tarikh terakhir PKP.

“Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019.

“Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan atas permohonan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here