“Mungkin ada yang tertinggal sewaktu pengagihan makanan dilaksanakan.”

0
56

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Isu pengagihan bekalan makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur akan diselesaikan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diarahkan mengambil tindakan bagi memastikan bekalan makanan di kawasan PKPD ini diselesaikan segara.

“Sebenarnya pengagihan bekalan makanan ini berlaku tapi mungkin ada yang tertinggal dan sebagainya sewaktu ia dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, kerajaan telah mewujudkan pusat operasi di setiap kawasan PKPD yang berperanan untuk menyelesaikan masalah dihadapi penduduk di kawasan tersebut.

“Kerajaan membekalkan barangan kering seperti beras dan sebagainya untuk setiap rumah, namun jika ada dalam kalangan penduduk mahu membeli barangan lain, boleh menghubungi pusat operasi yang ada di kawasan tersebut.

“Bagaimanapun bantuan makanan kepada warganegara di kawasan PKPD adalah ditanggung oleh kerajaan.

“Apa sahaja isu boleh hubungi pusat operasi di mana mereka akan menyelesaikan isu berbangkit dan sepatutnya tidak timbul isu yang perlu diperbesarkan kerana pegawai kebajikan dan sebagainya sentiasa berada di pusat operasi tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here