Mungkin inilah kebahagian yang dicari

0
100
Pemberian sumbangan Zero Hunger Malakat Mall kepada penerima di Melaka yang memberi kelegaan kepada keluarga B40.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

Baru-baru ini penulis sempat menyertai pemberian sumbangan Zero Hunger Malakat Mall yang diserahkan oleh Brainy Ranger Emergency Response Team (BRET) bersama Multiracial Reverted Muslims (MRM) ke Melaka.

Memang bukan mudah untuk tiba di Bandar Bersejarah itu lebih-lebih lagi ditambah dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan jalanraya tapi alhamdulliah kami sampai juga di Melaka.

Dengan kekuatan lebih kurang 45 orang sukarelawan membawa bantuan bahan makanan buat penerima sumbangan di negeri itu disambut sendiri oleh Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Beliau turut melahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih atas bantuan Zero Hunger Malakat Mall yang turut diberikan kepada umat islam dan penduduk di negeri itu.

Mufti Melaka juga melihat sumbangan Zero Hunger Malakat Mall itu merentasi agama dan bangsa bagi membantu ketika PKP ini sedang berjalan.

Bagi penulis apa yang dijalankan oleh pihak BERT dan MRM adalah satu usaha yang sangat baik kerana ramai khususnya mereka dikategorikan B40 sangat terkesan sepanjang PKP ini.

Malah ada seorang pakcik yang ditemui oleh sukarelawan menyatakan dia kehilangan pekerjaan kerana dibuang sejak PKP dilaksanakan.

Malah ketua keluarga itu memberitahu bekalan makanannya di rumah hampir habis ditambah tiada wang simpanan untuk membeli makanan.

Pemberian sumbangan Zero Hunger Malakat Mall di Melaka merentasi agama dan bangsa untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ya Allah… Jika penulis di tempat pakcik itu tidak tahu apa dapat dilakukan. Sudahlah hilang pekerjaan, tiada pula wang simpanan.

Mujur ada sumbangan Zero Hunger Malakat Mall sedikit sebanyak dapat bantu pakcik ini mengisi perut bersama-sama keluarganya.

Mungkin dilihat jumlah sumbangan yang diberikan mungkin sedikit.

Bagi sesetengah orang namun bagi keluarga B40 ini sudah cukup untuk mereka isi perut dan mengelakkan mereka tidur dalam kelaparan.

Pemberian sumbangan seperti ini adalah satu rahmat besar bagi penerima itu sendiri.

Malah doa yang dikirimkan oleh mereka yang menerima bantuan itu mungkin menjadi ‘bekalan’ buat si pemberi sumbangan.

Tak salah rasanya untuk anda untuk menyumbang sedikit bantuan untuk membantu menyampaikan sumbangan di bawah Zero Hunger Malakat Mall yang dikendalikan oleh BERT dan MRM.

Mungkin nilai duit RM10, RM50, RM100 yang anda sumbangkan itu mampu memberikan senyuman kepada penerima dan mungkin inilah kebahagiaan yang dicari-cari selama ini.

Jom menderma ke https://sadaqahmarket.com/. Pilihan di tangan anda. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here