New Zealand isytihar ‘menang’ perang menentang Covid-19

0
655
Jacinda Ardern

AUKLAND – New Zealand mengumumkan pihak berkuasa negara itu berjaya menghentikan jangkitan dalam komuniti sekali gus menghapuskan wabak Covid-19.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern semalam berkata, negara itu sudah ‘memenangi peperangan’ melawan virus berkenaan apabila jumlah jangkitan baharu turun kepada satu angka sejak beberapa hari lalu.

Berita gembira itu dicapai selang beberapa jam kerajaan negara itu menamatkan pelaksanaan penjarakan sosial paling ketat dilaksanakan sebelum ini.

Berikutan itu bermula esok, sebahagian daripada perniagaan bukan keperluan, perubatan dan pendidikan yang ditutup sebelum ini dibenarkan beroperasi semula.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengambil mudah usaha mencegah jangkitan dengan sentiasa kekal di rumah dan mengelakkan interaksi sosial.

“Kami akan membuka semula ekonomi tapi bukan kehidupan sosial rakyat,” katanya Ardern seperti dipetik BBC.

New Zealand merekodkan kurang daripada 1,500 kes Covid-19 dengan 19 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here