NGO wajib daftar dengan JKM untuk mudah dikesan jika dijangkiti Covid-19

0
130

CYBERJAYA – Keputusan kerajaan untuk mewajibkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kerja amal bagi membantu golongan memerlukan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bukan untuk menyusahkan mereka.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu terpaksa dibuat bagi memudahkan semua pihak sekiranya berlaku jangkitan Covid-19 atau lain-lain.

“Tujuan kita bukan hendak mengekang sesiapa untuk membantu tapi demi keselamatan mereka, sebab apabila mereka hantar makanan mereka akan bertemu dengan pihak menerima jadi kita tidak tahu dari segi kesihatan adakah penerima atau pemberi itu mempunyai jangkitan Covid-19 atau tidak.

“Kalau berlaku apa-apa, kita boleh mengesan mereka dan kontak rapat mereka,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai terdapat dakwaan bahawa pihak polis menyaman individu kerana tidak memakai topeng muka, katanya, perkara tersebut melebihi peraturan ditetapkan.

“Ketua Pengarah Kesihatan setiap masa dalam sidang akhbarnya menyebut hanya mereka bergejala sahaja pakai topeng muka, yang tidak bergejala tak perlu.

“Tidak boleh kuatkuasa siapa yang tidak pakai topeng ditangkap, sebelum ini ada pengurus sebuah pasar raya menahan seorang indivisu kerana tidak memakai topeng muka, perkara ini melebihi peraturan dan akta dikeluarkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here