Operasi sanitasi awam diteruskan

0
122
Operasi sanitasi awam diteruskan.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sebanyak 954 operasi sanitasi awam di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dilakukan sejak 30 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan operasi itu dilakukan di 81 zon melibatkan 23 zon merah dan 16 zon jingga, selain 686 bangunan kerajaan dan 433 tempat awam.

Katanya, 159 operasi sanitasi membabitkan 61 zon di 12 negeri, termasuk 29 kawasan di Johor dan 30 kawasan di Kuala Lumpur dilaksanakan semalam.

“KPKT menyasarkan menyah cemar 38 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di zon merah dan jingga.

“Semalam, lima PPR telah dinyah cemar, menjadikan jumlah keseluruhan 30 PPR selesai disanitasi, membabitkan 31,775 unit rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut memaklumkan sebanyak 143 pusat kuarantin, termasuk 24 hotel sudah beroperasi semalam dengan 9,720 individu sedang menjalani kuarantin wajib.

“Semalam, seramai 229 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here