Operator makanan sila jaga kebersihan

0
107

CYBERJAYA- Operator makanan secara dalam talian termasuk pengusaha, pengendali dan penghanta disaran supaya sentiasa mematuhi garis panduan penjagaan kebersihan dirangka Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu perlu bagi memastikan aspek penyediaan makanan kepada pengguna sentiasa selamat dan bebas daripada sebarang risiko penyakit berjangkit.

Dr. Noor Hisham turut menasihatkan agar golongan berkenaan sentiasa mengamalkan jarak sosial yang selamat ketika proses penghantaran makanan dilakukan kepada pelanggan.

“Tahun lalu, sebanyak 516 kejadian keracunan makanan yang membabitkan 16,583 kes berpunca daripada pengendalian makanan yang tidak bersih dan selamat. Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kejadian keracunan makanan berlaku pada bulan Ramadan tahun lalu, membabitkan 1,032 kes.

“Sehubungan itu, orang ramai hendaklah sentiasa memastikan keselamatan makanan semasa membeli atau menyediakan makanan untuk diri sendiri dan ahli keluarga,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Dr. Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam penyediaan makanan di rumah bagi mengelakkan keracunan makanan.

ÔÇťAmalkan konsep ‘lihat, hidu dan rasa’ semasa bulan Ramadan sebelum menikmati juadah berbuka dan bersahur bagi memastikan hidangan selamat dimakan.

“Kementerian akan terus memantau perkembangan kejadian Covid-19 melalui segala maklumat yang diperoleh dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here