Ops sanitasi awam diteruskan

0
121

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ops Sanitasi Awam dibawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan 1,871 operasi sanitasi di 99 zon termasuk di 26 zon merah.

Menteri Kanan (Keselamatan), DatuK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kawasan yang disanitasi adalah 1,302 bangunan
kerajaan,763 tempat awam, 816 pusat perniagaan dan 148 pasar raya.

Menurutnya, semalam sebanyak 170 operasi sanitasi meliputi 75 zon di 13 negeri, termasuk 34 kawasan di Johor dan 22 kawasan di Pahang, yang mana sebanyak
99 bangunan kerajaan, 62 tempat awam, 80 pusat perniagaan dan sembilan pasar raya telah disanitasi.

“Pada masa sama sebanyak 17 kawasan gunasama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah disanitasi menjadikan jumlah keseluruhan 37 kawasan gunasama zon merah di Selangor telah selesai disanitasi.

“Ops sanitasi awam seperti ini akan diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, selain daripada pemulihan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) tindakan juga dilakukan oleh pihak polis bagi mencegah peredaran rakyat terlalu bebas tanpa sekatan dan sebagainya.

Katanya, pihaknya menganggap sanitasi awam meruoakan satu lagi kaedah yang dilakukan baginmengurangkan penularan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here