Ops Sanitasi Awam: syarikat swasta perlu ikut peraturan dan nasihat ditetapkan

0
212
Pihak syarikat swasta perlu ikut peraturan dan nasihat ditetapkan yang ingin membuat sanitasi awam.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kerajaan mengalu-alukan permohonan mana-mana syarikat swasta yang ingin membuat sanitasi awam sebagai inisiatif tanggung jawab sosial korporat (CSR).

Namun begitu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan inisiatif CSR itu perlu mengikut peraturan dan nasihat yang ditetapkan.

“Mereka perlu mengikuti peraturan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan di bawah pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) untuk melakukan Ops Sanitasi Awam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu telah melakukan 2,790 operasi sanitasi di 105 zon termasuk di 30 Zon Merah.

Katanya, sebanyak 163 operasi sanitasi meliputi 56 zon di 11 negeri, termasuk 49 kawasan di Perak dan 37 kawasan di Johor dilakukan semalam.

Menurutnya, operasi sanitasi semalam merangkumi 444 bangunan Kerajaan, 64 tempat awam, 102 pusat perniagaan dan 10 pasar raya

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini telah membuka sebanyak 229 kes siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

Katanya, kes siasatan yang dibuka menunjukkan peningkatan berbanding hari sebelumnya yang mencatatkan 220 kertas siasatan.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 161 masih dalam siasatan, manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah.

“Manakala, 11 diberikan Notis Amaran manakala 33 kes tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here