Orang ramai yang berada di bandar tidak dibenarkan pulang ke kampung

0
113

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa orang ramai yang berada di bandar tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan.

“Ramai yang ingin pulang ke kampung untuk sambut bulan puasa sedangkan daripada awal lagi kita katakan tidak boleh ada pergerakan dari bandar untuk balik ke kampung, jangan keliru.

“Apa yang saya sebutkan semalam, bagi mereka yang terperangkap di kampung.

“Jangan ada yang melapor ke balai polis untuk pulang ke kampung kerana itu tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi orang ramai yang berada di kampung hanya dibenarkan untuk membuat pendaftaran kepada balai polis secara dalam talian.

“Keputusan belum dibuat dan kita cuma membenarkan mereka mendaftar atau melaporkan kepada balai polis secara dalam talian pada 25 April ini supaya kita dapat informasi yang lebih jelas jumlah mereka yang berada di kampung yang ingin pulang ke bandar atau di mana tempat mereka bekerja.

“Selepas dapat informasi, kita akan serahkannya kepada Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk berbincang.

“Selepas itu barulah kita akan tahu keputusan sama ada boleh atau tidak. Jika boleh, kita akan sediakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here