Padah ingkar PKP, 489 individu ditahan

0
84

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan telah menangkap 489 individu berbanding 606 individu pada hari sebelumnya kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia menjadikan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah 21,106 inidvidu.

“Daripada jumlah 489 individu yang ditangkap, 465 individu direman dan 24 individu diberikan jaminan polis.

“Selain itu 741 individu juga telah dituduh di mahkamah atas kesalahan ingkar PKP,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan PDRM telah melakukan sebanyak 832 sekatan jalan raya di seluruh negara dan melakukan pemeriksaan ke atas 616,917 kenderaan.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 41,830 pemeriksaan mengejut telah diadakan di seluruh negara dengan sebanyak 6,698 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here