Pakar ramal lebih 2 juta korban Covid-19 di Amerika

0
130

WASHINGTON — Amerika Syarikat berdepan dua ramalan angka korban akibat Covid-19 iaitu seramai 100,000 orang atau meningkat sehingga 2.2 juta dalam senario kes terburuk.

Memetik laporan Sputnik yang menggunakan data pakar dikeluarkan Rumah Putih, senario pertama adalah keadaan yang membabitkan ‘campur tangan’ pihak berkuasa bagi mengurangkan kesan wabak.

“Dalam senario pertama, kadar kematian di Amerika Syarikat dianggarkan adalah antara 100,000 hingga 240,000.

“Bagaimanapun jika tidak usaha atau campur tangan, kadar kematian diramal melonjak sehingga 1.5 juta hingga 2.2 juta,” menurut sumber Universiti Johns Hopkins.

Menurut laporan itu, pakar meramalkan kemuncak jumlah korban berlaku pada 15 April ini dan jumlah kematian akan berkurang sehingga 1 Jun dengan anggaran kira-kira 250 korban setiap hari dan kurang 100 pada 1 Julai.

Jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi jumlah 40,000 dengan 823,000 kes.

Amerika Syarikat melaporkan kes tertinggi yang melebihi 165,000 kes dengan 3,178 kematian. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here