Pasar Borong Selayang ditutup untuk proses sanitasi

0
145

CYBERJAYA- Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar kawasan Pasar Borong Selayang adalah bagi melaksanakan proses sanitasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan sekitar pasar itu ditutup kerana ramai pekerja di pasar borong itu yang tinggal di kawasan berhampiran.

“Penutupan pasar borong ini bukan selama 14 hari seperti di kawasan PKPD yang lain, tetapi, hanya ditutup empat hari sampai Khamis ini supaya operasi sanitasi boleh dilaksanakan.

“Kita akan buka balik pasar borong selepas kawasan itu selesai di sanitasi. Untuk golongan peniaga dan pekerja, kita juga akan minta Kementerian Kesihatan ambil tindakan membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada jangkitan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here