PDRM ada kuasa tahan mereka ingkar PKP – Ismail Sabri

0
74
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYEBRJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kuasa untuk menahan mana-mana individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan polis adalah berdasarkan Akta 342 dan Seksyan 3.1 jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi pegawai diberi kuasa menahan mereka yang ingkar dan sebagainya.

Katanya, Seksyen 3.1 adalah kuasa Menteri Kesihatan untuk melantik mana-mana pegawai, agensi termasuklah polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan sebagai untuk melaksanakan segala pekara berkaitan dengan Akta 342 termasuk peraturan – peraturan di bawah Akta 342.

Jelasnya, Seksyen 3.2 juga menyebut seorang pegawai diberi kuasa untuk bertindak dalam bidang kuasa kewajipannya di bawah akta ini dan ia disifatkan sebagai penjawat awam.
Tambahnya, segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum di bawah akta tersebut dan kanun keseksaan.

“Semalam ada yang menulis mengatakan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah ini dan pihak polis tidak ada kuasa mengeluarkan waran dan sebagainya.

“Saya ingin memaklumkan bahawa tindakan polis adalah berdasarkan Akta 342 dan Seksyan 3.1 Akta tersebut jelas mengatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi pegawai diberi kuasa menahan mereka yang ingkar dan sebagainya.

“Ini juga bermakna jika ada pihak mempersoalkan kuasa pihak polis mengambil tindakan dan sebagainya, saya ingin jelaskan bahawa pihak piolis memang berkuasa ambil tindakan melaksanakan apa yang termaktub di dalam Akta 342,” katanya. – MBNews.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here