Pelajar IPT perlu buat saringan kesihatan di PKU

0
150

CYBERJAYA- Satu garis panduan telah dibangunkan merangkumi aspek kesihatan bagi pelajar-pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, garis panduan itu hasil perbincangan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Katanya, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) masing-masing akan membuat saringan bagi pelajar-pelajar sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan.

“Saringan membabitkan pemeriksanaan suhu badan, saringan gejala batuk, selesema, sakit tekak atau sukar bernafas,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan.

“Mereka perlu mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangya satu meter daripada orang lain, menjaga kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

“Mereka juga digalakkan memakai alat penutup mulut dan hidung (facemask) di sepanjang perjalanan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here