Pelajar IPT pulang ke kampung hari ini, esok

0
112
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Seramai 933 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta swasta (IPTS) dijangka pulang ke kampung masing-masing hari ini dan esok melibatkan perjalanan zon sama di Zon Utara dan Zon Sarawak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 653 daripada pelajar itu adalah di Zon Utara, manakala 280 lagi Zon Sarawak.

“Pergerakan pelajar di Zon Utara akan membabitkan 44 bas ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Pelajar di Universiti Teknologi Mara, Universiti Utara Malaysia, politeknik dan IPTS di Zon Utara akan bertolak pada pukul 2 petang, manakala penuntut dari Universiti Sains Malaysia pula pada pukul 9 malam,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya membuat penyesuaian dari segi masa kerana ia membabitkan jarak yang dekat untuk memudahkan ibu bapa mengambil anak mereka di balai polis selain pihak berkuasa di daerah menghantar mereka pulang.

“Bagi Zon Sarawak pula, ada dua pergerakan bermula hari ini dan esok di mana 42 pelajar di Sarawak dihantar pulang ke rumah masing-masing menggunakan dua bas dan sebuah van bertolak pada pukul 9 pagi.

“Dalam pada itu, pelajar dari lima IPT di Zon Utara yang pulang ke Zon Tengah, malam tadi, sudah selamat tiba di rumah masing-masing dan setakat ini, tiada isu berbangkit mengenainya,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here