Pelan pemulihan ekonomi dirangka untuk pulihkan ekonomi secara pantas

0
133

CYBERJAYA – Kerajaan sedang merangka satu pelan pemulihan ekonomi bagi jangka masa pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah diarahkan untuk merangka pelan tersebut bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang secara menyeluruh.

“Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, antara inisiatif yang sedang dirangka ialah membina keupayaan dan
kemahiran rakyat serta menggalakkan perbelanjaan domestik.

Selain itu, katanya, turut dilakukan ialah dengan meningkatkan daya tahan industri termasuk perusahan kecil dan sederhana (PKS) dan memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here