Pelancong asing yang terperangkap dibenarkan tinggal sementara di Malaysia

0
192
Antara pelancong asing yang datang ke Malaysia sebelum PKP dikuatkuasakan

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan pelancong luar negara yang terperangkap di negara ini sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk terus tinggal di Malaysia buat sementara waktu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun begitu, pelancong berkenaan perlu menanggung sendiri kos penginapan dan lain-lain.

“Pelancong asing ini bukan sahaja berada di Terengganu tetapi juga di Tioman, Langkawi, Cameron Highland dan lokasi lain sebelum kerajaan kuatkuasakan PKP.

“Mereka boleh terus tinggal di negara kita cuma dari segi hotel, itu di bawah tanggungan sendiri, kita tak halau siapa pun pulang,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan dalam membantu pelancong asing yang terperangkap dalam negara.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga dimaklumkan pelancong asing itu lebih selesa dan berasa selamat tinggal di negara ini berbanding pulang ke negara asal.

Katanya, ini kerana langkah penguatkuasaan yang dilakukan oleh Malaysia mampu melindungi mereka berbanding pulang ke negara asal.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here