Pelanggan jauh luah hasrat ke Raudhah Grocer selepas PKP tamat

0
162

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Walaupun  Raudhah Grocer menyediakan perkhidmatan jualan dalam talian masih terdapat pelanggannya meluahkan hasrat ingin menjejakkan kaki ke pasar raya itu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Baru-baru ini akaun rasmi Facebook Raudhah Grocer One Stop Muslim Grocery Centre memuat naik status bertanyakan soalan di manakah pelanggan-pelanggannya tinggal.

Menariknya dalam perkongsian itu turut memuat naik lapan kawasan utama disenaraikan untuk pelanggan membuat pilihan.

“Dekat manalah agaknya anda tinggal. Jauhkah kita? Dekatkah kita? Adakah kita akan berjumpa suatu hari nanti di Raudhah Grocer?

“Jadi, anda tinggal dekat kawasan mana ya? Cyberjaya, Putrajaya,  Puchong, Dengkil, Serdang, Bangi,  Kajang atau lain-lain,” kata hantaran itu.

Seorang warga maya, Ahsan Senin memberitahu, dia tinggal di Shah Alam namun mahu ke Raudhah Grocer di Malakat Mall sejak hari pembukaan.

“Teringin nak ke sana semenjak hari pembukaan. Tak sempat pergi kerana PKP. Moga dapat sampai ke sana,” katanya.

Bagi Midhat Badrishameeir Ahmad Salimi pula, dia tinggal di Dengkil dan berkesempatan ke Raudhah Grocer baru-baru ini.

“Alhamdulillah baru-baru ini saya telah membeli barang dapur di sana. Ikan-ikan yang segar dan harga berbaloi,” tulisnya.

Sabariah Yunus yang tinggal di Kota Damansara pula berkata, dia memang teringin hendak ke Malakat Mall dan berharap dapat kesana selepas tamat PKP nanti.

Aida No juga turut meluahkan hasrat yang sama selepas Covid-19 reda akan ke Raudhah Grocer, Malakat Mall.

Jelasnya, tidak dinafikan perjalanan dari rumahnya di Pantai Dalam ke Malakat Mall agak jauh.

Sementara itu, pelanggan dari Salak Tinggi, Harizal Mh mendoakan supaya usaha mempromosikan produk Buy Muslim First (BMF) perlu diteruskan.

“Baru datang sekali, sempat solat Maghrib berjemaah dan solat hajat,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here