Pelarian Rohingya dikuarantin di Langkawi

0
121

PUTRAJAYA – Sekumpulan pelarian Rohingya yang ditemukan di atas sebuah kapal di sekitar Pulau Langkawi akan menjalani proses kuarantin.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan etnik Rohingya itu akan dikuarantin di Pulau Langkawi.

Beliau berkata, Kementerian Luar, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Jabatan Imigresen akan ditugaskan untuk menyelesaikan perkara itu.

“Oleh kerana mereka telah berada di negara atau perairan negara, maka menjadi tanggungjawab untuk jaga kepentingan mereka.

“Oleh itu, mereka akan dikuarantin di Langkawi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here