Peluang perniagaan pasca Covid-19

0
246

RAUDHAH CITY – Satu siaran langsung khas Facebook akan diadakan pukul 9 malam ini bagi menerangkan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Siaran langsung itu akan dilakukan menerusi akaun rasmi Facebook Malakat Mall dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menampilkan pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Menurut Mohd. Fadzil, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, beliau telah menganalisis peluang-peluang bisnes yang akan mendapat permintaan baik selepas ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, program itu bertujuan untuk usahawan mencari peluang dan ruang dalam  membantu para bakal usahawan atau usahawan untuk berniaga.

“Kami akan mendedahkan dan cerita beberapa peluang keemasan yang saya mahu tawarkan kepada usahawan yang sudi dan mahu bersama dalam ekosistem usahawan yang dibina.

“Nantikan pukul 9 malam ini, bawa minda, hati jiwa raga yang bersedia dan terbuka. Lapangkan masa pada waktu itu supaya dapat memberikan fokus yang maksimum,” jelas beliau dalam akaun Facebook miliknya. 

Coach Fadzil menambah, warga maya juga boleh terus bertanya soalan dalam ruangan komen dan soalan terpilih akan dijawab oleh beliau.

“Mendoakan Allah memberkati usaha anda selama ini dalam mencari rezeki, ‘perah otak’ untuk berjuang di kala musim PKP dan wabak covid-19 ini. 

“Allah berikan ilham dan lorongkan anda untuk berada dalam jalan yang terbaik  untuk mengatasi segalanya,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here