
Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
CYBERJAYA – Pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia, hari ini.
Menerusi laman media sosial Twitter milik @rabkhairahas berkata, allahyarham berusia 66 tahun meninggal dunia di Shah Alam .
Tulisnya lagi, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Ngah dalam kalangan kakitangan RTM.
“He will be missed (Allahyarham akan dirindui). Semoga Pak Ngah tenang di sisi-Nya.
“Info dari anak Allahyarham,” tulisnya.
Farid Ismeth Emir merupakan penyampai berita veteran di stesen penyiaran awam milik kerajaan itu memiliki tujuh orang cahaya mata. – MBN