Pembayaran BPN bermula Isnin ini

0
140

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa pertama akan dibuat secara berperingkat bermula Isnin ini.

Menteri Kawangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran yang sepatutnya disalurkan pada penghujung April seperti diumumkan Perdana Menteri akan mula dibayar Isnin ini.

“Sukacita dimaklumkan bagi Fasa pertama BPN pakej Prihatin, 8.3 juta isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.

“Pembayaran fasa pertama ini berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April (Isnin),” katanya melalui satu kenyataan.

Tengku Zafrul merujuk bantuan bernilai RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu yang memperuntukkan jumlah keseluruhan untuk BPN sebanyak RM9.24 yang akan dibayar dalam dua fasa.

Berdasarkan kenyataan itu, sejumlah RM3.4 bilion diperuntukan, membabitkan jumlah 3.24 juta akan dibayar kepada kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 serta RM0.4 bilion dibayar kepada 0.56 juta individu bujang berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000.

Manakala sejumlah RM1.81 bilion pula dibayar kepada 3.62 juta individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah manakala RM0.44 bilion dibayar kepada 0.88 juta golongan kategori M40.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat terutama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Simpan Nasional (BSN) dalam membolehkan bayaran BPN ini dipercepatkan demi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan,” katanya.

Beliau turut menasihati rakyat agar berhati-hati dengan sindikit penipuan yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan pakej Prihatin.

” Penerima disaran merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here