Pemeriksaan Puspakom hanya melalui temujanji

0
398

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana kenderaan komersial yang memerlukan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

“Kita faham kenderaan-kenderaan komersial yang besar seperti lori dan sebagainya perlu diperiksa oleh Puspakom kerana jika tidak ia mungkin boleh menimbulkan kemalangan dan sebagainya.

“Jadi untuk itu, mesyuarat pagi tadi telah bersetuju bahawa mana-mana kenderaan komersial yang perlu diperiksa oleh Puspakom, mereka boleh membuat temujanji,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, proses pemeriksaan dan pendaftaran kereta juga boleh dilakukan secara dalam talian.

“Terdapat juga permohonan daripada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Perkema) supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Puspakom membuka kaunter bagi membolehkan proses pemeriksaan dan pendaftaran kereta dilakukan.

“Mesyurat membuat keputusan mereka boleh melalukan pendaftaran secara dalam talian dan jika perlu dihantar ke Puspakom, mereka juga perlu membuat temujanji sama seperti kenderaan komersial yang lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here