Penantian rakyat Kelantan dapatkan air bersih bakal berakhir

0
866
Salah sebuah LRA yang sedang diselenggara di Kelantan. Kredit gambar Air Kelantan

CYBERJAYA – Lebih 261,000 pemilik akaun bekalan air terawat di Kelantan dijangka menikmati perkhidmatan bekalan air yang lebih baik berikutan pelaksanaan 33 projek bekalan air dari sekarang sehingga 2025.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menerusi pelaksanaan itu fokus akan diberikan kepada dua aspek utama iaitu pembangunan dan menaik taraf loji rawatan air (LRA) serta pengurangan kadar air tidak terhasil.

“Sebanyak 12 projek pembangunan dan menaik taraf LRA melibatkan pembiayaan pinjaman RM176 juta oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dua projek dibiayai oleh kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan peruntukan keseluruhan berjumlah lebih RM100 juta.

“Antara projek-projek yang sedangan dilaksanakan termasuk pembinaan LRA Merbau Chondong, LRA Tanjung Mas, LRA Felda Chiku, LRA Kampung Telok, LRA Tualang dan 18 projek LRA mini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pelaksanaan projek tersebut sangat penting bagi meningkatkan liputan bekalan air terawat yang kini pada tahap 68 peratus di kawasan bandar dan 72 peratus di kuar bandar.

“Kerajaan melalui kementerian ini juga memperuntukan geran RM69.95 juta bagi pelaksanaan Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil Kebangsaan (NRW Kebangsaan) dan lebih RM200 juta melalui pembiayaan PAAB bagi program penggantian paip yang sedang dan akan dilaksanakan sehingga 2023,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada pembangunan modal berjumlah RM400 juta yang telah diluluskan.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, pelaksanaan projek itu penting untuk mengurangkan kadar NRW Kelantan yang mencatat paras 50.8 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri Kelantan juga akan melabur RM30 juta bagi pelaksanaan 16 projek membaik pulih telaga dan pembinaan LRA mini di Pintu Geng, Peral, Ketereh, Wakaf Bharu, Kelar dan Telok Mesira.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here