Penerbangan semula ke Sabah dan Sarawak, saringan diperketatkan

0
181
Kementerian  Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperketatkan saringan di lapangan terbang sekiranya Malaysia Airlines memulakan semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak, bermula minggu ini.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperketatkan saringan di lapangan terbang sekiranya Malaysia Airlines membuka semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak, bermula minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya melihat kaedah paling berkesan supaya jangkitan Covid-19 tidak menular dengan melakukan saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi.

“Apa yang penting kita lihat saringan penumpang sebelum menaiki pesawat dan sebaik tiba di destinasi pastikan ada lagi saringan.
“Saringan boleh dijalankan menerusi pengimbas haba yang berfungsi 50 peratus,” katanya.

Menurutnya, mereka yang demam tidak digalakkan untuk menaiki pesawat sebagai langkah pencegahan serius.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Malaysia Airlines akan membuka kembali penerbangan dengan kekerapan seminggu sekali dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here