Penerima BPN berdasarkan rekod percukaian 2018

0
757

CYBERJAYA – Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) dibuat berdasarkan kepada pengakalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data rekod percukaian tahun taksiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) tahun 2018.

LHDNM dalam kenyataan di sini berkata, permohonan baharu atau rayuan adalah untuk mereka yang belum mendaftar dengan BSH sebelum ini manakala pembayar cukai perlu mengemaskini data peribadi masing-masing dengan agensi itu.

Kelulusan permohonan baharu itu tambahnya,  tertakluk kepada proses semakan dan verifikasi.

“Semakan awal LHDNM mendapati bahawa proses penentuan penerima BPN adalah teratur dan mereka yang diluluskan mempunyai tahap pendapatan bercukai di dalam julat pendapatan yang layak menerima BPN. 

“Penentuan penerima BPN dibuat dengan memadankan kriteria pendapatan BPN dengan data percukaian terkini di LHDNM berdasarkan rekod percukaian Tahun Taksiran 2018 dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan,” katanya hari ini.

Mengenai laporan berkenaan individu kenamaan termasuk ahli Parlimen yang diluluskan pembayaran BPN, LHDNM menjelaskan, kelulusan dibuat secara automatik berdasarkan data taksiran pendapatan individu tersebut pada tahun 2018 dalam rekod LHDNM.

“Namun demikian, LHDNM menerima baik ahli Parlimen yang secara sukarela telah memulangkan bayaran BPN tersebut,” ujar kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, sekiranya mana-mana ahli Parlimen atau penerima BPN lain yang ingin memulangkan semula bayaran BPN tersebut, penerima boleh berbuat demikian mengikut prosedur berikut. 

“Mengemukakan surat penolakan dengan menyatakan nama penuh dan nombor MyKad dan lampirkan draf bank atau cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan). 

“Surat itu boleh dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia Presint 2, 62592 Putrajaya,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here