Penganjuran bazar Ramadan tidak dibenarkan selagi PKP dilaksanakan

0
100

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PUTRAJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang penganjuran bazar Ramadan adalah tidak dibenarkan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penganjuran bazar Ramadan sekiranya PKP fasa kedua ini ditamatkan.

“Mesyuarat pagi tadi telah memutuskan bahawa selagi PKP dilaksanakan, semua bazar Ramadan tidak dibenarkan.

“Walau bagaimanapun jika PKP ditamatkan maka seperti saya sebutkan bahawa pihak MKN akan menyediakan SOP selepas PKP,

“Maka soal yang berkaitan dengan bazar Ramadan dan sebagainya akan ditentukan selepas ini sama ada ia boleh dilaksanakan atau dengan SOP tertentu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here