Penganjuran bazar Ramadan tidak sesuai – Sultan Ibrahim

0
122

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah, penganjuran bazar Ramadan tidak sesuai dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Baginda menegaskan, ini adalah disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar, sekali gus boleh memberi kesan kepada kesiahtan masyarakat secara keseluruhannya.

“Kes positif Covid-19 masih dilaporkan berlaku, maka saya melihat adalah tidak sesuai jika mahu diadakan bazar Ramadan bukan sahaja di sini, malah ditempat lain juga demi kesihatan serta keselamatan rakyat.

“Lupakan bazar Ramadan. Saya bimbang jika berlaku penularan virus berkenaan secara berleluasa, ini akan turut memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam membasmi sepenuhnya wabak ini,” titah Sultan Ibrahim dalam akaun rasmi Facebook baginda hari ini.

Kelmarin, Kerajaan Johor dilaporkan akan mengumumkan keputusan sama ada membenar atau membatalkan bazar Ramadan di seluruh negeri ini, dalam masa terdekat.

Sultan Ibrahim bertitah, masyarakat tidak seharusnya memandang ringan arahan serta nasihat pihak berkuasa.

“Anda lihat sendiri, bagaimana petugas-petugas perubatan bersama pasukan barisan hadapan bertugas dari pagi hingga malam dalam usaha mahu membendung penularan wabak ini.

“Bayangkan, jika wabak ini semakin berleluasa ia akan turut memberi kesan kepada pasukan perubatan sehingga merencatkan sistem rawatan,” titah Baginda. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here