Pengurusan hotel ditawar dijadikan pusat kuarantin

0
168

CYBERJAYA – Kerajaan membuka tawaran terhadap mana-mana pengurusan hotel untuk dijadikan pusat kuarantin sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk memohonnya.

Tambah beliau, kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawa tentang pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmtan (SST) kepada semua hotel di negara ini.

“Saya harap lebih ramai pengusaha hotel boleh bekerjasama dengan kerajaan dalam soal pusat kuarantin ini dan menghubungi Nadman atau Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Mengenai pengurusan pusat kuarantin, Ismail Sabri berkata, sebanyak 190 pusat kuarantin beroperasi berbanding 185 pusat itu semalam yang mana 17,008 individu menjalani proses kuarantin wajib.

“Semalam,  seramai 1,589 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan dikuarantin secara wajib. Sejak 3 April lalu seramai 11,861 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin sehingga kini,” jelasnya.

Sementara itu beliau memberitahu, sejak 30 Mac lalu sebanyak 2,241 operasi sanitasi dengan 105 zon termasuk 28 zon merah telah dilakukan.

Beliau berkata, antara kawasan disanitasi ialah 1,669 bangunan kerajaan,  tempat awam (1,009), pusat perniagaan (1,031) dan pasar raya (191).

“Mengenai operasi sama semalam, sebanyak 157 operasi sanitasi melibatkan 61 zon di 14 negeri termasuk 41 di Johor dan 18 kawasan di Pahang.

“Semalam juga sebanyak 233 bangunan kerajaan, 149 tempat awm, 125 pusat perniagaan dan 23 pasar raya telah disanitasi,” jelasnya.

Beliau memberitahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian di 1,021 premis perniagaan termasuk 785 peruncit, 205 pemborong dan 31 pengilang.

“Secara keseluruhan bekalan keperluan mencukupi dan mampu menampung permintaan.

“KPDNHEP melalui bahagian penguat kuasa sentiasa menjalankan penguatkuasaan untuk memantau 25 jenis bekalan serta bertindak menangani isu-isu pembekalan melalui Akta Pembekalan 1951 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here