Peniaga makanan, jangan fikir nak cepat kaya saja!

0
204
Gambar hiasan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

Alhamdulillah, sudah hari ke tujuh umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa.

Ada yang kata, Ramadan kali ini sangat sukar memandangkan situasi yang dihadapi negara dan seluruh dunia dalam memerangi Pandemik Covid-19.

Tidak kurang juga ada yang lebih positif dan menganggap kehadiran Ramadan tahun ini lebih istimewa berbanding tahun-tahun terdahulu.

Apa pun situasi yang berlaku, kita perlu menjalani dan menikmati Ramadan dengan sebaik-baiknya kerana kita tahu Ramadan bulan kebaikan, bulan keberkatan, bulan lambakan pahala dan kasih sayang Allah SWT.

Bercakap mengenai bulan Ramadan, sudah tentu perkara yang menjadi satu kelaziman di bulan ini adalah bazar Ramadan.

Boleh dikatakan, setiap tahun bazar Ramadan akan mencetuskan isu di mana peniaga yang terlalu mementingkan keuntungan berbanding keikhlasan dan kejujuran dalam perniagaan masing-masing.

Isu ini seolah-olah tidak berpenghujung apabila tahun ini juga ada pembeli turut merasai pengalaman yang sama apatah lagi, pembelian makanan hanya melalui ‘delivery’ sahaja untuk waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Gambar-gambar makanan dan promosi yang dipaparkan sama ada di aplikasi Group Whatsapp mahu pun Facebook tidak seperti makanan yang sampai kepada pembeli.

Tawar, rasa yang pelik, basi antara sajian yang dihidangkan kepada pembeli dan ini sangat keterlaluan.

Seharusnya peniaga lebih bertanggungjawab dalam soal penyediaan makanan dan minuman dijual sepanjang Ramadan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada pembeli.

Ramadan perlu dijadikan sebagai bulan yang mendidik dan mengajar peniaga erti keikhlasan dan kejujuran dengan memastikan hak pelanggan dijaga.

Barulah martabat Islam dalam penguasaan ekonomi dapat dilihat dengan baik sekali gus mampu menyediakan lebih banyak peluang perniagaan yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Jadi, adalah penting untuk seseorang peniaga lebih bertanggungjawab bukan hanya fikir nak cepat kaya saja!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here