Peniaga Pasar Borong KL perlu jalani ‘swab test’

0
205
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Semua peniaga dan pemborong di Pasar Borong Kuala Lumpur diarah menjalani ‘swab test’ (calitan) susulan terdapat dalam kalangan mereka yang didapati dijangkiti Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, mana-mana pihak yang berkait rapat dengan Pasar Borong Kuala Lumpur perlu menjalaninya bagi memastikan mereka bebas wabak itu.

Menurutnya, mereka perlu mempunyai kad atau pengesahan daripada hospital atau klinik swasta yang menjalankan ‘swab test’ itu dengan mengesahkan bebas Covid-19 sebelum dibenarkan masuk ke pasar.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga sedang mengesan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu yang positif Covid-19 dan calitan juga akan dijalankan terhadap mereka.

“Kita dapati ada satu pasar di tempat lain yang dikunjungi pemborong dari Pasar Borong Kuala Lumpur. Peniaga pasar itu juga akan dijalankan calitan seperti di pasar borong,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here