Penuntut IPT perlu kekal di kolej kediaman sepanjang PKP

0
90

CYBERJAYA- Kerajaan memutuskan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam, swasta dan kolej komuniti akan kekal berada di kampus kediaman masing-masing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaa dibuat selepas kerajaan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak seperti polis dan Kementerian Kesihatan.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu penting bagi memastikan pelbagai usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19, menerusi penguatkuasaan PKP yang berkuat kuasa hingga 28 April ini berkesan.

“Insya-Allah kebajikan mereka, termasuk makan minum akan terus ditanggung oleh kerajaan, jadi saya harap tidak timbul lagi isu mengenai hal ini kerana setiap keputusan diambil berikutan pandangan pelbagai pihak.

“Kita nak pastikan usaha memutuskan rantaian COVID-19 ini melakar kejayaan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrjaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here