Penyanyi lagu Januari, Glenn meninggal dunia

0
362

JAKARTA – Penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Januari dan popular dalam kalangan pendengar Malaysia, Glenn Fredly, meninggal dunia hari ini pukul 6 petang waktu tempatan.

Memetik portal Astro Awani, berita itu dimaklumkan rakan rapat beliau yang juga penyanyi, Tompi yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta akibat meningitis.

Media Indonesia melaporkan mendiang meninggal dunia pada usia 44 tahun.

Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahayamata sulung mereka, Februari lalu.

Glenn atau nama sebenarnya Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, dilahirkan di Jakarta pada 30 September 1975.

Mendiang mula menceburi dunia muzik secara profesional selepas memenangi satu pertandingan nyanyian pada 1995.

Glenn cukup popular di Malaysia pada era 90-an dan awal 2000 menerusi lagu Januari, Adu Rayu, Sekali Ini Saja dan Akhir Cerita.

Penyanyi wanita popular Rossa juga antara rakan selebriti terawal yang berkongsi rasa dukacita itu menerusi akaun Instagramnya.

“Dengan (perasaan) amat sedih, sahabat lama, teman lama saya, Glenn Fredly, baru saja meninggal dunia. Jadi minta doanya,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here