Peperiksaan UPKK batal

0
214

CYBERJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membatalkan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis sepatutnya diadakan pada 28 September hingga 1 Oktober ini di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Agama Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pembatalan itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid setelah mengikuti pendidikan Kafa bermula dari tahun satu hingga enam di peringkat rendah.

Menurut beliau, langkah itu dibuat demi keselamatan murid-murid berikutan pendemik Covid-19 yang berlaku di negara ini.

“Kemenjadian murid dalam pendidikan Kafa boleh dinilai dalam pelbagai kaedah. Justeru bagi tujuan ini Jakim menetapkan satu pentaksiran baharu bagi menggantikan ujian bertulis tersebut,” katanya yang disiarkan secara langsung dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut beliau, langkah itu selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) yang membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun ini.

Tambah beliau, Jakim juga membuat keputusan bawah pembukaan sesi persekolahan Kafa di seluruh negara juga akan dibuat mengikut ketetapan KPM.

“Semoga makluman ini akan melegakan perasaaan ibu bapa di mana anak-anak mereka terbabit dalam peperiksaan UPKK tahun ini,’ ujar beliau. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here