Peringatan Menteri PKP kepada penunggang e-hailing

0
97

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan para penunggang e-hailing sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

“Daripada laporan polis, mendapati bahawa ramai dalam kalangan penunggang-penunggang e-hailing tidak mematuhi undang-undang.

“Kesalahan bukan dari segi pergerakan mereka tapi undang-undang seperti melanggar lampu isyarat merah dan sebagainya.

“Walaupun tidak salah dari segi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mereka dibenarkan keluar untuk bertugas tapi untuk kesalahan undang-undang yang lain mereka juga akan diambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan jumlah tangkapan kumulatif ingar PKP sehingga 26 April adalah sebanyak 20,617 individu.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menangkap 606 individu berbanding 577 individu pada hari sebelumnya kerana ingkar PKP yang merangkumi 556 individu yang direman dan 50 individu diberikan jaminan polis.

“22 individu juga telah dituduh di mahkamah di atas kesalahan ingkar PKP,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here